* Bedak tanaka - amalan warisan keluarga Nora Danish yang berasal dari Myanmar,
kini mereka berkongsi rahsia dengan memasarkannya ke Malaysia..Dgm Nama Tate By D.E.A
Just Sticker Nama Jer Tempek Pada Bekas Warna Warni Tuhh.. Tapi Original Name 'TANAKA'.
Cuba Tengok Org Myammar Siap Asah Kayu Tanaka lagi utk tempek di muka..
Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Ianya dipercayai boleh digunakan untuk tujuan melembutkan dan mencerahkan kulit muka.
Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik.
Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh. Menariknya, kayu Tanaka ini mempunyai pelbagai fungsi. Setakat ini belum ada kajian saintifik lagi mengenai kayu ini. Tetapi di Malaysia sudah ada syarikat kosmetik yang menggunakan kayu Tanaka ini sebagai asas dalam kosmetik mereka.Tidak ketinggalan, negara seperti Singapura, Filipina dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka.
Di Malaysia, Kosmetik berasaskan kayu Tanaka telahpun diiklankan di dalam kaca televisyen. Jika tidak salah nama kosmetik itu ialah Bio Essense Tanaka White.Yang tidak ada dalam iklan pun banyak juga.
Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensetif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was.Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.Kita lihat senario sekarang, ramai orang ingin kelihatan cantik dengan cepat tetapi produk yang digunakan semuanya mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Memang nampak cantik pada mulanya tetapi lama kelamaan kulit menjadi rosak. Jadi lebih baiklah kita sebagai pengguna bijak cuba beralih kepada bahan semula jadi seperti Kayu Tanaka .
Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan.
Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Adalah lebih baik bagi orang yang berjerawat memakainya dengan tebal di muka pada waktu malam. Seperti memakai MASKER.
Ini Kayu Pokok Tanaka
Thanaka adalah 100% organik dan semula jadi.
Thanaka mempunyai 2 bahan aktif coumarin dan marmesin:
1- Coumarin yg bertindak sebagai agen anti-fungal, anti-bacterial, anti-ageing dan anti-oxidant. Ia membuang semua jenis bakteria dan kulat daripada kulit manusia. Ia juga mengeluarkan 2 jenis protein iaitu collagen dan elastin. Collagen dan elastin menterbalikkan penuaan dan mengekalkan kulit lembut, anjal dan kelihatan muda.
2- Marmesin ialah kandungan semulajadi yang melindungi kulit daripada sinar UV-A yang berbahaya . UV-A mempersendakan kedua-dua protein dan kelembapan kulit yang menyebabkan kedutan, garis-garis halus dan penuaan pra-matang. Marmesin juga bertindak sebagai perisai kulit daripada sinaran berbahaya UV-B.
Tat'e BY D.E.A (TANAKA) - KELUARAN NORA DANISH UTK PASARAN MALAYSIA |
Original 'TANAKA' Daripada Myanmmar |
Fungsi dan Kebaikan Antaranya Ialah;
✔melicinkan kulit muka
✔memberi kesegaran pada kulit
✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit
✔menanggalkan sel kulit mati
✔ia membantu sejukkan kulit
✔membersih & menengang wajah
✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih
✔ Sesuai untuk semua lapisan umur
✔ Menghilangkan ruam-ruam badan
✔ Boleh digunakan dimuka dan badan
✔ Menghilangkan gatal-gatal badan
✔ Mengecutkan jerawat
✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.
✔ Hilangkan jeragat
✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka
✔ Pelindung cahaya matahari
✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation
*Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis
'- Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka,
letakkan ke dalam piring. Campurkan ia dengan sedikit air (usah terlalu pekat/cair),
kemudian sapu kan ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub/cuci.
Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya.
** Bedak ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit - berjerawat, sensitif,
normal atau berminyak. Sesuai untuk lelaki dan wanita sama ada dewasa atau kanak-kanak.
** Boleh merawat kegatalan dan dijadikan scrub seluruh badan untuk menghilangkan kotoran, daki dan sel2 mati.